GEORGE TOWN: Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.
Mohidul Islam, 43, warga Bangladesh berkata dia bersama empat lagi rakan yang membuat kerja kayu di bahagian atas gudang turun untuk berehat sebelum tiba-tiba terdengar dentuman kuat dan keadaan menjadi kelam kabut selepas menyedari terdapat runtuhan pada struktur sedang dalam pembinaan itu.
"Saya bersyukur kerana turun awal, kalau tidak mungkin saya juga jadi mangsa.
"Kebanyakan kami di sini baru tiga bulan bekerja di tapak projek ini dan tidak menyangka akan berlaku kejadian seperti ini. Saya amat sedih kerana ramai rakan telah terkorban," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pagi ini.
Seorang lagi pekerja Md Ikhtiar, 38, berkata ketika kejadian sekitar 9.40 malam itu, dia sedang bekerja di bahagian bawah gudang sebelum tiba-tiba terasa struktur bangunan itu seperti bergoyang.
Katanya, dia kemudian lari dan keluar menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan daripada pekerja lain sebelum melihat gudang itu runtuh.
"Seorang daripada mangsa berjaya ditarik keluar tetapi keadaannya ketika itu sangat parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.
"Kren digunakan untuk mengalihkan struktur rasuk berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa," menurut JBPM.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad pada sidang media di lokasi mengesahkan tiga pekerja warga Bangladesh maut dan dua parah manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus.
Beliau berkata polis yang menerima maklumat kira-kira 9.45 malam dimaklumkan terdapat 18 pekerja berada di lokasi tetapi sembilan daripada mereka telah keluar untuk solat dan sembilan dilaporkan terperangkap.
Tapak binaan itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.
Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Tapak binaan itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang. - Gambar/ Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Runtuhan gudang: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas deka
Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.
Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Runtuhan gudang: SAR ditamatkan, 4 pekerja disangka hilang dipercayai lari
Operasi SAR empat pekerja binaan warga Bangladesh yang dikatakan terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, telah ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi.
Runtuhan gudang: 2 pekerja kritikal, tidak sedar diri
Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh yang cedera dalam runtuhan struktur gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar diri.
Runtuhan gudang: "Syukur saya turun awal" - Pekerja tapak pembinaan
Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.
Runtuhan gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan
JBPM memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.